Carian
Harga Langganan Disney+ Hotstar Di Malaysia Naik Sehingga 118% Bermula 24 April
March 23, 2024 Effi Saharudin

Harga langganan bulanan Disney+ Hotstar di Malaysia akan meningkat secara mendadak bermula 24 April depan dan dua pelan berbeza diperkenalkan. Menurut laman FAQ Disney+ Hotstar yang baru dikemaskini, harga langganan bulanan kini bermula RM 24.90 untuk Basic Plan dan RM39.90 untuk Premium Plan.

Sebelum ini hanya satu pelan sahaja ditawarkan pada harga RM54.90 untuk tiga bulan bersamaan RM18.30 sebulan. Ini bermakna harga langgan Disney+ Hotstar di Malaysia bermula April meningkat 36% untuk Basic Plan dan 118% untuk Premium Plan berbanding harga sebelum ini.

Basic Plan menghadkan penstriman pada resolusi HD penuh, 1 sahaja penstriman serentak dan dipasang pada 3 peranti. Sementara itu Premium Plan membenarkan penstriman 4K, 3 penstriman serentak dan dipasang pada 10 peranti. Sokongan Dolby Atmos serta dimainkan pada telefon, tablet, komputer dan TV diberikan pada kedua-dua pelan.

Disney+ Hotstar menawarkan pelan tahunan Basic Plan pada harga RM 214.90 dan Premium Plan pada harga RM 289.90 yang memberikan potongan sehingga 30% berbanding bayaran bulanan. Premium Plan juga boleh dibayar secara tiga bulan sekali pada harga RM79.90 yang merupakan penjimatan daripada RM119.70.

Komen