Syarikat Semikonduktor Neways Akan Membuka Kilang Di Malaysia
March 23, 2024
Lain-lain
Perkakasan
Aman
Neways, salah satu syarikat yang membangunkan sejumlah peralatan elektrik dan terlibat dalam arena semikonduktor, kini menyatakan akan membuka kilang pengeluaran di Malaysia. Kilang berkenaan dijangka dibuka di Klang, Selangor.
Kilang pengeluaran ini dijangka beroperasi pada suku ke-4 2024 ini, dengan sasaran mempunyai 200 pekerja pada peringkat permulaan. Pembukaan di Malaysia ini akan memberikan kapasiti pengeluaran tambahan, selain dari kilang di China oleh Neways.
Untuk makluman, Neways merupakan antara pembekal utama untuk pembangun peralatan cip komputer, ASML. Jumlah pelaburan tidak dinyatakan buat masa ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.