Carian
Telegram Dihalang Di Sepanyol Kerana Isu Cetak Rompak
March 24, 2024 Effi Saharudin

Perkhidmatan Telegram di Sepanyol telah dihalang kerana isu cetak rompak. Mahkamah Tinggi Sepanyol berpihak dengan syarikat media Atresmedia, EGEDA, Mediaset dan Telefonica yang memfailkan permohonan menghalang Telegram kerana kandungan mereka dimuat naik ke Telegram tanpa kebenaran.

Telegram ialah aplikasi pemesejaan keempat paling popular di Sepanyol dan halangan yang dikenakan ini akan mendatangkan impak kepada sekitar 8 juta pengguna. Perkhidmatan perlu dihalang syarikat telekomunikasi Sepanyol bermula esok tetapi beberapa syarikat telah mula menghalangkan sejak semalam.

Halangan ini hanya akan berkuatkuasa selama beberapa hari bergantung kepada langkah yang diambil oleh Telegram berkenaan kandungan cetak rompak. Telegram pernah diharamkan di Brazil, China, Thailand, Pakistan, Iran, dan Cuba atas pelbagai sebab. Di Malaysia bukan rahsia Telegram digunakan untuk perkongsian kandungan cetak rompak secara terbuka tetapi KKOM belum lagi mengambil sebarang tindakan mengenai isu ini.

Komen