Carian
OpenAI Dilaporkan Mula Mempertontonkan Keupayaan Sora Kepada Studio-Studio Di Hollywood
March 24, 2024 Aman

Sora merupakan penawaran dibawah OpenAI yang membolehkan penjanaan video berasaskan kecerdasan buatan. Melalui beberapa hasil yang telah dipertontonkan, ia menunjukkan hasil video yang sangat kemas dan cantik – jauh lebih baik berbanding sejumlah penjana video yang lain.

Pihak OpenAI buat masa ini tidak menyatakan apakah sumber latihan untuk Sora, disamping bilakah Sora akan ditawarkan kepada umum.

Namun, mengikut laporan terbaru, OpenAI dikatakan telah mula mempertontonkan Sora kepada beberapa studio-studio di Hollywood, dengan hasrat mereka menggunakan ciri penjanaan video ini dalam penghasilan filem masing-masing. 

Ia tidak diketahui lagi bagaimanakah penerimaan studio-studio berkenaan dalam penggunaan kecerdasan buatan dalam penghasilan filem atau kandungan. Sebelum ini, sejumlah penulis dan pelakon telah melakukan protes disebabkan penggunaan teknologi dalam penghasilan skrip dan sebagainya – sekaligus membawa impak besar ke industri perfilemen di Amerika Syarikat.

Komen