WhatsApp berkongsi perkembangan baharu aplikasi yang akan diberi kebolehan menyunting kandungan dengan alatan AI untuk dikongsi kepada kenalan. Menurut WhatsApp, ia masih diperingkat pembangunan yang akan tersedia dalam kemaskini akan datang. Namun masih belum diketahui bilakah penawaran rasminya.

Dalam contoh yang ditunjukkan pilihan baharu ini akan disediakan melalui ruang perkongsian gambar. Sebanyak tiga pilihan suntingan baharu disediakan seperti Backdrop yang boleh mengubah latar belakang gambar untuk sentuhan lebih peribadi. Seterusnya, Restyle pula menyediakan kebolehan mengubah keseluruhan gambar dengan kesan lebih menarik berbanding asal. Selain turut boleh dibesarkan melalui Expand dengan kebolehan untuk menyesuaikan saiz gambar ikut keperluan.

Pengenalan ini kelak dijangka bukan sahaja mampu menawarkan flesibiliti yang lebih luas buat pengguna. Malahan meningkatkan lagi pengalaman pemesejan dan perkongsian mereka kepada umum. Ditegaskan sekali lagi bahawa ciri ini masih diperingkat pembangunan yang masih belum diketahui ketersediaannya untuk umum.