Carian
Aplikasi X Untuk TV Diperlihatkan, Seakan YouTube Tema Gelap
March 25, 2024 Fahim Zahar

Awal bulan ini, Elon Musk menyatakan beliau ingin menawarkan aplikasi X untuk televisyen pintar. Ini kerana X ingin dijadikan sebagai platform yang memfokuskan kepada video pula bagi bersaing dengan TikTok dan YouTube. Terkini, aplikasi ini telah diperlihatkan kepada umum.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, aplikasi X pada televisyen akan menyerupai YouTube. Jika anda lihat di dalam video yang dikongsi di X, barisan atas adalah video pendek iaitu Shorts dan bawah pula adalah koleksi video dengan durasi yang lebih panjang. Hanya tiga butang diberikan iaitu carian, ke laman utama dan ke profil pengguna. Aplikasi ini dilihat tidak akan memaparkan mana-mana kandungan teks.

URL khas iaitu x.com/i/tvlogin akan disediakan bagi memudahkan pengguna log masuk ke televisyen. Pengguna turut boleh ikuti pelbagai akaun mungkin untuk menerima notifikasi video atau cadangan video berkaitan. Menurut sumber, aplikasi adalah berasaskan versi web agar mudah untuk disokong ke lebih banyak televisyen berlainan. Buat masa ini masih tidak pasti bila aplikasi ini akan ditawarkan kepada pengguna.

Komen