Intel, Google, Arm, Qualcomm, Samsung dan beberapa syarikat teknologi lain telah menubuhkan The Unified Acceleration Foundation (UXL) sebagai usaha untuk menentang dominasi NVIDIA dalam dunia AI.

Menerusi UXL, pembangunan AI tidak lagi akan terikat kepada penggunaan seperti bahasa pengaturcaraan tertentu, asas kod dan alatan lain yang mengikat mereka kepada seni bina khusus, seperti platform CUDA oleh Nvidia.
Maklumat teknikal mengenai UXL akan diperhalusi menjelang H2 204 dengan antara yang disokong ialah OneAPI yang merupakan piawaian terbuka oleh Intel. Walaupun diumumkan sebagai pencabar kepada NVIDIA, UXL merancang untuk turut menyokong platform yang digunakan NVIDIA di masa hadapan.