Carian
Canva Mengambil-Alih Affinity – Mengukuhkan Lagi Portfolio Penawaran Perisian Kreatif
March 26, 2024 Aman

Canva hari ini membuat kejutan dan mengumumkan akan mengambil-alih satu lagi platform kreatif popular, Affinity. Pengambil-alihan ini juga turut mengukuhkan lagi kedudukan Canva dalam menjadi penyedia penawaran memfokuskan komunikasi visual.

Canva menyatakan penyertaan Affinity ini akan turut membolehkan lebih ramai perekabentuk dan pengguna profesional dibawah portfolio mereka. Selari dengan langkah ini juga, ia akan membolehkan lebih ramai pengguna perusahaan yang menggunakan produk dibawah Canva.

Buat masa ini, pihak Canva tidak menyatakan berapakah harga pengambil-alihan untuk Affinity ini.

Komen