Qalbox iaitu platform penstriman video memfokuskan kandungan Islam kini terus berkembang lagi. Hari ini ibu syarikat Qalbox iaitu Muslim Pro mengumumkan kerjasama dengan platform penstriman video Islam Durioo+ dan radio tempatan Islam IKIM FM. Dua platform ini akan menawarkan kandungan masing-masing terus ke Qalbox khusus untuk bulan Ramadan sempena Nuzul Al-Quran Weekend Special.

Dari Durioo+ mereka menawarkan siri animasi Little Ammar dan Mina & Mila. Sementara dari IKIM pula adalah kandungan berbahasa Inggeris dari ulama antarabangsa. Kandungan -kandungan istimewa ini akan ditawarkan secara percuma dari 29 Mac sehingga 31 Mac melalui aplikasi Qalbox di TV pintar dan aplikasi Muslim Pro pada Android atau iOS.
Muslim Pro turut menawarkan diskaun langganan sehingga 50% dengan kod IKIM untuk 500 pendengar IKIM yang pertama. Bagi yang berminat, aplikasi Muslim Pro dan Qalbox ini tersedia di Apple App Store dan Google Play Store.