Adam Neumann, pengasas WeWork yang telah meninggalkan syarikat berkenaan, kini dilihat melakukan bidaan lebih $500 juta untuk mengambil-alih WeWork. Mengikut desas-desus, bidaan berkenaan dijangka akan mencapai sehingga $900 juta selepas pengiraan dan semakan lebih mendalam.
Bagi yang tidak mengenali akan WeWork, ia merupakan salah satu syarikat yang memfokuskan kepada penyewaan lokasi untuk pejabat dan komuniti. Sebelum ini, ia mencapai nilai puluhan bilion ringgit, namun menghadapi pelbagai kontroversi sebelum menjadi muflis.
Adam Neumann kini dilihat berminat untuk mendapatkan kembali syarikat berkenaan, dan meneruskan kejayaannya. Selain Adam, beberapa pihak lain turut sedia membida untuk mendapatkan syarikat berkenaan.