Carian
Oppo Reno11 F 5G Akan Menerima Ciri AI Eraser Bermula 10 April
March 26, 2024 • Effi Saharudin

Oppo Malaysia mengatakan ciri kecerdasan buatan AI Eraser akan mula diterima pada peranti Oppo Reno11 F bermula 10 April ini. Ini adalah antara ciri-ciri yang diumumkan oleh Oppo pada Februari yang lalu ketika mengumumkan pembukaan Oppo AI Center.

Dengan AI Eraser, objek di dalam gambar boleh dipadam dengan bantu AI. Pengguna hanya perlu menandakan bahagian yang ingin dipadam dan sistem AI Eraser akan membuangnya secara automatik. Pada peringkat awal AI Eraser akan diterima oleh peranti Reno11 F terlebih dahulu sebelum model Reno11 yang lain akan turut dikemaskini secara berperingkat.

Kami difahamkan ciri AI lain yang diberikan pada peranti Oppo di China mungkin akan diberikan juga pada peranti di Malaysia di masa hadapan. Ciri AI Oppo dikuasakan dengan model bahasa raya (LLM) yang dibangunkan oleh mereka sendiri iaitu AndesGPT.

Komen