Carian
Ninja Restock Ingin Menetapkan Piawaian Baharu Dalam Perniagaan B2B
March 26, 2024 Amy Maizuraa

Ninja Van Malaysia, sebuah syarikat logostik ekspress utama di negara ini telah memperkenalkan perkhidmatan baharu Ninja Restock sempena ulang tahunnya ke-9. Usaha ini selaras dengan komitmetnya untuk bantu syarikat yang berfokus pada perniagaan ke perniagaan (B2B) mengurus inventori dengan lebih efisien untuk menyokong kelancaran operasi syarikat.

Melaluinya, NinjaVan akan menjadi syarikat yang bertindak sebagai perantara antara pengeluar dan peruncit, serta memastikan komunikasi yang berkesan dalam pengurusan inventori dan memenuhi pesanan barangan tertentu. Antara barangan yang boleh dihantar melalui Ninja Restock termasuk pakaian, kasut, alatan kosmetik, gadget, makanan tidak mudah rosak, bekalan hotel, peralatan kecil dan bahan mentah tidak toksik.

Apa yang membezakan Ninja Restock dan perkhidmatan Peer-to-peer (P2P) dalam urusan pengisian semula inventori adalah dari segi penawaran disediakan. Ninja Restock menyediakan perkhidmatan pengisian semula inventori yang cepat, cekap, telus dan fleksibel tanpa melibatkan kos yang besar. Selain juga tidak perlu melibatkan jumlah minimum yang tinggi sekurang-kurangnya 15 – 20 kilogram.

Kadar harga yang ditawarkan juga berpatutan mengikut jumlah muatan tanpa caj tersembunyi. Dalam masa sama turut mampu menyediakan liputan penghantaran pengisian semula inventori melebihi 2,000 hab dan stesen di seluruh negara di Indonesia, Malaysia dan Filipina.

Selain itu, ia juga satu-satunya perkhidmatan yang menyediakan penjejakan inventori dan penghantaran masa nyata setakat ini. Sekaligus membolehkan penerima menganggarkan masa penghantaran pakej, serta bantu memastikan ia dihantar dengan selamat ke alamat yang betul.

Status penghantaran pula boleh dijejak melalui Ninja Shipper Dashboard dan masa penghantaran yang diambil pula diantara 1 hingga 3 hari. Butiran lanjut mengenai penawaran penuh dan cara mendaftar boleh layari laman web rasmi Ninja Restock.

Komen