Bytedance Dilaporkan Tiada Perancangan Untuk Menjual TikTok Di Amerika Syarikat
Aman
Amerika Syarikat sedia membentangkan perundangan baharu yang akan memaksa TikTok daripada menjual perniagaan mereka di Amerika Syarikat, atau aplikasi berkenaan akan diharamkan. Perkara ini sekaligus membawa kepada pelbagai perdebatan, termasuk pengguna di Amerika Syarikat sendiri yang mengkritik keputusan kerajaan berkenaan.
Lanjutan daripadanya, kini menurut laporan Caixin, pengasas Bytedance dikatakan menentang sebarang langkah untuk menjual platform TikTok berkenaan. Bytedance juga tidak mencari sebarang pembeli untuk platform berkenaan, walaupun sudah terdapat beberapa pihak yang menawarkan diri.
Ia dikatakan Bytedance sedia memandang langkah Amerika Syarikat ini sendiri sebagai pengharaman aplikasi TikTok di negara tersebut. Hal ini kerana untuk ia dijual, ia akan memerlukan tempoh yang lebih lama berbanding 180 hari, selain pada masa yang sama memerlukan kebenaran pihak berkuasa China.
Sekiranya perundangan berkenaan diluluskan dan dikuat-kuasakan, terdapat kemungkinan TikTok akan meninggalkan pasaran Amerika Syarikat – yang akan membuatkan ia kehilangan sekitar 120 juta pengguna aktif di Amerika Syarikat.
Pada masa yang sama juga, tidak mustahil kita melihat pelbagai syarikat China yang lain turut akan berkira-kira untuk memperluaskan penawaran untuk pasaran Amerika Syarikat.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.