Apple hari ini secara rasminya mengumumkan acara WWDC seterusnya, iaitu WWDC 2024 akan dianjurkan pada 11 Jun sehingga 15 Jun kelak, dengan acara ucaptama akan diadakan pada 11 Jun 2024, pukul 1 pagi.
Acara memfokuskan para pembangun ini akan dianjurkan secara atas-talian, dengan acara ucaptama turut dianjurkan secara fizikal. Seperti biasa, Apple dijangka memfokuskan kepada penawaran perisian generasi baharu, melibatkan platform iOS, iPadOS, macOS, watchOS, tvOS dan juga visionOS.
Untuk WWDC 2024 tahun ini, orang ramai menyasarkan beberapa perkara akan menjadi fokus utama Apple, terutamanya integrasi kecerdasan buatan pada platform operasi mereka. Disamping itu, iOS 18 dijangka diperlihatkan dengan sejumlah pembaharuan, termasuk sokongan penyesuaian lebih tinggi berbanding sebelum-sebelum ini.
Sama-sama kita nantikan WWDC 2024 ini, dan melihat apakah perancangan Apple melalui penawaran perisian pada tahun 2024 ini.