Alipay kini berkongsi menyatakan platform pembayaran mereka kini disokong di lebih 2 juta peniaga dan peruncit di Jepun, sekaligus memudahkan lagi para pelancong global yang menggunakan platform dengan sokongan Alipay.

Untuk makluman, sejumlah dompet digital menggunakan integrasi teknologi Alipay, dinamakan Alipay+. Di Malaysia sendiri, dua dompet digital yang menyokong Alipay+ adalah Touch n Go eWallet dan juga MyPB oleh Public Bank Berhad.
Dengan langkah ini, ia sekaligus memudahkan lagi urusan perbelanjaan dan pembayaran oleh pengguna tempatan yang melancong ke Jepun. Anda dengan mudah boleh lakukan imbasan kod QR Alipay+ menggunakan Touch n Go eWallet atau MyPB Public Bank, dan seterusnya melakukan pembayaran serta-merta dengan mudah.

Selain penggunaan Alipay+, pihak kerajaan Jepun sendiri sedang melihat untuk pengenalan kod QR rentas sempadan yang boleh diintegrasikan bersama sistem kewangan di beberapa negara, seperti DuitNow QR di Malaysia. Namun, ia mungkin hanya diperkenalkan seawal 2025 kelak.