Cari @ Amanz

YouTube kini mengumumkan mereka sedang bereksperimen dengan sebuah ciri baharu dinamakan “Premium Jump Ahead”. Melaluinya, ia akan mengambil-kira corak tontonan seseorang pengguna, dan seterusnya melalui integrasi kecerdasan buatan, ia akan membawa pengguna ke bahagian yang mereka akan suka tonton pada sesuatu video.

CIri ini disasarkan kepada pengguna YouTube Premium, dan ditawarkan secara terhad kepada beberapa pengguna di Amerika Syarikat terlebih dahulu buat masa ini. Ciri ini akan diaktifkan apabila pengguna melakukan dwi-tap untuk melangkau ke bahagian hadapan, dimana setelah mengambil kira corak tontonan dan beberapa data lain, ia akan memaparkan sebuah butang “Jump Ahead”, yang seterusnya membawa ke bahagian yang akan diminati seseorang penonton.

Ini sekaligus akan lebih memudahkan pengguna berbanding perlu dwi-tap berulang-kali dalam mempercepatkan sesuatu video.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd