Cari @ Amanz

Aplikasi gaya hidup muslim, TheNoor kini mengumumkan kerjasama strategik bersama Maktabah Al-Bakri, dimana melalui kerjasama ini, kedua-dua pihak akan bersama membangunkan sistem kecerdasan buatan (AI) untuk tujuan soal-jawab agama dalam Bahasa Melayu. Langkah ini dijangka sebagai inisiatif pertama seumpamanya di Malaysia.

Selari dengan kerjasama ini juga, memorandum persefahaman ini meliputi kerjasama pintar penambah-baikkan aplikasi al-Inarah, penyaluran kandungan al-Inarah kepada TheNoor, selain turut melantik Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri sebagai Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah TheNoor.

Buat masa ini, ia belum dikongsikan lagi berkenaan garis masa pengenalan ciri berasaskan kecerdasan buatan ini di TheNoor. Mungkin kita akan mendengar mengenainya dalam masa beberapa bulan lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd