Carian
Kamera Terpantas Dunia Dengan Kemampuan 156.3 Trilion FPS Dibangunkan Di Kanada
March 28, 2024 Effi Saharudin

Rekod kamera terpantas dunia berpindah tangan ke kamera Swept-coded Aperture Real-time Femtophotography (SCARF) yang dibangunkan sekumpulan penyelidik dari Institut Penyelidikan Sains Nasioanal (INRS) di Quebec Kanada. Kamera ini berkemampuan merakam gambar pada kadar 156.3 trilion FPS yang memintas rekod kamera 70 trilion FPS yang dibangunkan Caltech pada tahun 2020.

Untuk mengambil gambar pada kadar yang amat tinggi ini, sistem laser 156.3 THz digunakan untuk menerangi subjek sebelum sistem komputer digunakan untuk memastikan cahaya tiba ke sensor secara berperingkat. 156.3 THz.

Kamera ultra pantas 156.3 trilion FPS ini akan digunakan untuk kajian seperti ablasi laser femtosaat, dan interaksi gelombang dengan sel hidup.

Komen