Carian
Aplikasi Mushafi Kini Membantu Anda Dalam Menghafal al-Quran
March 28, 2024 Aman

Mushafi merupakan salah satu aplikasi Quran yang hadir dengan ciri unik, iaitu kebolehan mencari sesuatu Surah dengan penggunaan carian berasaskan suara. Melaluinya, anda hanya perlu membaca sesuatu ayat Quran, dan ia akan melakukan pencarian secara automatik.

Selain itu, pada Ramadan kali ini, aplikasi Mushafi turut dikemaskini dengan salah satu ciri menarik yang membantu orang ramai dalam menghafal Quran.

Untuk menggunakan ciri baharu yang membantu hafalan Quran ini, anda hanya perlu tap pada ikon hijau pada penjuru bawah kanan aplikasi berkenaan, dan memulakan aktiviti hafalan. Seterusnya, ia akan menggunakan input berasaskan mikrofon – dimana anda perlu membaca sesuatu ayat berkenaan mengikut surah yang dipilih. Seterusnya, menggunakan sokongan kecerdasan buatan dan bacaan pengguna, ia akan mengenal pasti sama ada bacaan berkenaan tepat atau sebaliknya – dengan mewarnakan ayat hitam (sekiranya tepat), dan merah (sekiranya salah). Anda juga turut boleh memilih untuk melihat sesuatu ayat, dan pada penghujungnya menyemak skor untuk hafalan sesuatu ayat dengan melihat berapa kesalahan yang berlaku.

Ciri baharu ini ditawarkan untuk semua secara percuma. Anda boleh memuat-turun dan mencuba sendiri aplikasi Mushafi ini di Google Play Store hari ini.

Komen