Carian
Lenovo Legion 7i, 5i, Pro 7i dan Pro 5i Juga Tersenarai Di Laman Web Lenovo Malaysia
March 28, 2024 Nazrin

Tanda harga untuk keseluruhan model-model komputer riba Lenovo Legion, yang termasuklah Lenovo Legion 7i, 5i, Legion Pro 7i dan Legion Pro 5i juga dilihat telah tersenarai di laman web Lenovo Malaysia.

Komputer-komputer riba ini akan dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel generasi ke-14 Raptor Lake Refresh sehingga Intel Core i9-14900HX dengan gabungan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4000 sehinggalah NVIDIA GeForce RTX 4090.

Untuk sejumlah komputer riba Lenovo Legion ini, termasuklah Lenovo Legion Pro 5i, Legion Pro 7i, Lenovo Legion 5i dan Legion 7i, ia hadir dengan paparan IPS PureSight dengan saiz yang berbeza dari 14 inci ke 15.6 inci dan resolusi 2560×1600, kadar segar semula sehingga 165Hz bergantung kepada model dan juga nilai kecerahan 500 nit dan sokongan untuk teknologi paparan NVIDIA G-SYNC dan DisplayHDR 400 untuk olahan warna yang cerah dan cantik.

Untuk menyejukkan komponen komputer-komputer riba ini, Lenovo turut memperkenalkan sistem penyejukan Legion ColdFront HyperChamber yang menggunakan teknologi hiperbarik yang menggabungkan sistem penyejukan kebuk wap dan juga kipas penyejukan untuk mengalirkan haba dari komponen ke bahagian belakang komputer riba untuk memastikan bahagian papan kekunci selesa digunakan sewaktu sesi gaming yang berpanjangan.

Sama seperti Lenovo Legion 9i yang kami laporkan sebelum ini, kesemua komputer riba ini juga sudahpun mula ditawarkan untuk pasaran tempatan.

Komen