Cari @ Amanz

Terdapat industri kecil melaporkan ciri-ciri baharu yang akan diperkenalkan oleh pengeluar pada peranti terkini mereka. Kerap kali maklumat yang ditiriskan ternyata tepat memberikan petanda sumber dalaman syarikat yang menghubungi wartawan secara rahsia. Apple telah menyaman Andrew Aude, bekas kakitangan mereka kerana membekalkan maklumat syarikat kepada wartawan The Information dan Wall Street Journal.

Aude bertugas sebagai pembangun untuk iOS di Apple dan dipercayai meniriskan maklumat syarikat selama beberapa tahun. Antara yang ditiriskan ialah ciri Journal, maklumat mengenai Vision Pro. Ribuan mesej yang dihantar berjaya dikesan pada peranti milik Aude yang diberikan oleh Apple sendiri.

Aktiviti beliau mula disedari pada Julai 2023 dan beliau diarahkan bertemu dengan pihak pengurusan. Ketika sesi tersebut, Aude cuba memadam bukti pada aplikasi Signal yang digunakan untuk menghubungi wartawan. Akibat pelbagai bukti yang ditemukan, Aude telahpun dipecat daripada Apple.

Sungguhpun sudah dipecat kerana berkongsi harta intelek syarikat, Apple masih menyaman beliau kerana risiko lebih banyak maklumat boleh didedahkan kerana beliau mempunyai akses kepada pelbagai maklumat lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd