Carian
Apple Dijangka Melancarkan iPad Pro Dan iPad Air Baharu Pada Awal Mei 2024
March 29, 2024 Aman

Apple kini dilaporkan akan melancarkan siri iPad Pro dan iPad Air baharu sekitar awal Mei 2024. Pada awalnya, Apple disasarkan untuk memperkenalkan tablet terbaru mereka berkenaan pada Mac atau April ini, tetapi ia dikatakan menghadapi kelewatan disebabkan faktor kemaskini perisian.

Kedua-dua siri tablet terbaru berkenaan dijangka hadir dengan kemaskini pada spesifikasi, dan akan dikuasakan cip Apple M. 

iPad Pro

iPad Pro dijangka membawakan kuasa pemprosesan tinggi dikuasakan Apple M3 terbaru, selain turut dilengkapi dengan skrin berasaskan OLED. Apple juga dijangka memperkenalkan ia bersama kemaskini untuk Apple Magic Keyboard dan juga Apple Pencil.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan kemaskini iPad baharu oleh Apple dalam masa sekitar sebulan lebih lagi.

Komen