Carian
iPhone 12 Menyokong Qi2 Selepas Kemas Kini iOS 17.4
March 29, 2024 Fahim Zahar

Qi2 adalah piawaian pengecasan nirwayar baharu yang dibangunkan oleh Wireless Power Consortium bersama-sama dengan Apple. Qi2 membawakan sokongan pengecasan nirwayar magnetik seakan MagSafe untuk semua peranti. Setakat ini peranti baharu yang menyokong Qi2 adalah iPhone 15 dan baru-baru ini selepas kemas kini iOS 17.4, iPhone 12 pula menerima sokongan ini.

Tahun lepas, iPhone 13 dan iPhone 14 menerima sokongan Qi2 selepas kemas kini iOS 17.2. Untuk iPhone 12 ia diuji oleh MacWorld dengan Anker Qi2 MagGo Wireless Charger dan mendapati peranti dicas pada kuasa 15W bukannya 7.5W seperti Qi. iPhone 12 turut dikatakan hanya akan memaparkan animasi pengecasan MagSafe jika peranti dicas secara nirwayar pada kuasa 15W.

Bagi anda yang ingin mencuba sendiri, banyak pengecas Qi2 sudah mula dijual di kedai atas talian. Pastikan anda semak keaslian setiap produk dan bukannya terus beli kerana gimik iklan yang menarik perhatian.

Komen