Barisan TV Samsung Neo QLED 8K Baharu Diumumkan Dengan Penekanan Ciri AI
Amy Maizuraa
Acara Unbox & Discover 2024 kali ini memperlihatkan Samsung menawarkan barisan TV Neo QLED 8K baharu. Penekanan telah diberikan kepada ciri AI yang diintegrasikan secara lebih menyeluruh melalui sokongan pemproses AI terkini daripada Samsung iaitu NQ8 AI Gen3.

Ia mempunyai NPU dua kali ganda lebih pantas dengan peningkatan rangkaian neural sebanyak lapan kali ganda kepada 512 daripada 64 untuk pengalaman tontonan lebih menyeronokkan.

Antara ciri AI baharu yang menjadi tumpuan ialah 8K AI Upscalling Pro yang mampu meningkatkan kualiti kandungan biasa dipaparkan dalam resolusi lebih tinggi mencapai 8K untuk pengalaman visual lebih baik. Ia dibantu juga dengan AI Motion Enchancer Pro untuk kualiti 8K lebih lancar khususnya untuk konten yang melibatkan pergerakan pantas. Ambil contoh siran sukan melalui melalui perkhidmatan penstriman dalam talian.

Pemproses digunakan didakwa cukup berkuasa mengesan jenis sukan secara automatik, dan menggunakan pembelajaran dalaman untuk menggunakan model pengesanan bola yang betul supaya kekal stabil pada skrin. Sementara itu, Real Depth Enhancer Pro pula boleh meningkatkan butiran pada adegan pergerakan pantas menggunakan AI untuk menjadikannya kelihatan jelas.
Dengan Active Amplifier Pro pula membolehkan bunyi tertentu dipertingkatkan untuk pengalaman audio yang lebih jelas dan mendalam. Diikuti dengan ciri Object Tracking Sound Pro dan Adaptive Sound Pro yang boleh mencipta audio yang berbunyi lebih semula jadi sesuai dengan kandungan semasa.

Pengalaman permainan yang menyeronokkan juga boleh dinikmati melalui televisyen baharu ini. Ia menawarkan AI Auto Game Mode yang boleh mengptimumkan visual dan audio untuk pengalaman permainan lebih menarik. Seterusnya AI Customization Mode boleh melaraskan gambar untuk setiap adegan berdasarkan keutamaan pengguna, manakala AI Energy Mode pula boleh menjimatkan kuasa tanpa menjejaskan kualiti gambar.
Sebanyak dua model berbeza disediakan iaitu QN900D dan QN800D dengan saiz yang mencapai 85-inci. Revolusi AI pada televisyen baharu Smasung ini dilihat membuka lembaran baharu penuh makna untuk pengalaman tontonan yang tiada tandingan dalam kategori skrin besar premium.