Carian
OpenAI Hadir Dengan Voice Engine – Penjana Suara Sintetik Dengan Menggunakan Hanya Sampel Suara 15 Saat
March 30, 2024 Aman

Dalam beberapa filem, sebagai contoh Mission Impossible, kita sedia melihat mereka mempertontonkan kebolehan klon sesuatu suara dengan hanya perlu membacakan sebuah teks ringkas sahaja. Perkara berkenaan kini dilihat menjadi realiti, apabila OpenAI hari ini mengumumkan penjana suara sintetik mereka, dinamakan Voice Engine.

Melalui Voice Engine, ia boleh menjana suara sintetik dengan hanya menggunakan sampel suara atau audio selama 15 saat sahaja – dan seterusnya pengguna boleh menggunakan input berasaskan teks untuk menjana audio menggunakan suara berkenaan.

OpenAI menyatakan Voice Engine boleh membantu dalam beberapa perkara, termasuk dalam membolehkan pesakit yang mengalami masalah melibatkan pertuturan, dalam terjemahan yang mengekalkan jenis suara sama, dan beberapa perkara lain.

Walaubagaimanapun, OpenAI turut menyatakan penawaran Voice Engine ini boleh membawa kepada beberapa masalah salah guna – terutamanya melibatkan politik, dimana ia boleh disalahguna untuk menjana suara berasaskan seseorang untuk tujuan tidak baik.

Buat masa ini, OpenAI menawarkan akses untuk Voice Engine ini bagi beberapa pihak sahaja. Ia tidak diketahui lagi bilakah OpenAI akan membuka aksesnya secara terbuka kepada semua.

Komen