WhatsApp Mengaktifkan Sokongan Navigasi Bahagian Bawah Untuk Semua Pengguna Android
Aman
WhatsApp kini membawakan sedikit perubahan pada antaramuka aplikasi berkenaan di Android. Selepas sekian lama menggunakan navigasi dan menu dibahagian atas aplikasi, melalui kemaskini baharu ini, ia mengubah bahagian navigasi ke bahagian bawah.
Selari dengannya juga, WhatsApp kini menggunakan lebih banyak warna putih berbanding sebelum ini. Menu akses pantas ke WhatsApp Communities juga lebih jelas dipaparkan berbanding sebelum ini.

WhatsApp sebelum ini telah mula memperkenalkan kemaskini antaramuka ini secara berperingkat kepada pengguna Android – dan dengan pengumuman terbaru ini, antaramuka ini diaktifkan kepada semua pengguna WhatsApp seluruh dunia.
Bagi anda sendiri, adakah anda lebih mengemari antaramuka yang lama atau yang baru ini?