Pihak PADU (Pangkalan Data Utama) kini mengumumkan 10.61 juta rakyat Malaysia kini telah melakukan kemaskini pada pangkalan data. Ini sekaligus memperlihatkan lebih 1/3 daripada telah melakukan kemaskini pada pangkalan berkenaan setakat 30 Mac 2024.
Mengikut perancangan awal, orang ramai diberikan masa sehingga 31 Mac 2024 untuk melakukan kemaskini pada sistem PADU – yang mana data berkenaan akan dihimpunkan dan membantu kerajaan dalam melakukan pelbagai perancangan dan keputusan.

Ia tidak diketahui lagi apakah akan berlaku selepas tarikh 31 Mac 2024 ini, sama ada akan terus dibuka untuk pendaftaran atau sebaliknya. Orang ramai dilihat agak aktif melakukan pendaftaran pada dua minggu terakhir ini.
Bagi anda sendiri, sudahkah anda mendaftar PADU?