Cari @ Amanz

Infinix NOTE 40 Pro 5G – Rekaan Bergaya Menambah Gaya Di Hari Raya

Link Copied!

Tidak dapat dinafikan, apabila tibanya hari raya, kita akan berkumpul bersama keluarga dan juga sanak saudara. Ketika ini juga, kita akan menggunakan telefon pintar dengan lebih kerap untuk merakam gambar, menghantar ucapan hari raya kepada rakan rakan dan sebagainya. Oleh sebab itu, ramai di antara kita yang berhasrat untuk memiliki telefon pintar terkini. Namun, tidak semua hajat yang kita mahukan tercapai. Manakan tidaknya, harga peranti-peranti kelas mercu tersebut seringkali agak mahal. 

Oleh sebab itu, wujudnya peranti kelas pertengahan yang ditawarkan pada harga yang lebih berpatutan. Ini sedikit sebanyak membuka peluang kepada pengguna untuk memiliki peranti berkualiti yang setaraf dengan bajet mereka. Oleh itu, Infinix juga tidak melepaskan peluang untuk menawarkan peranti baru mereka iaitu Infinix NOTE 40 Pro 5G. Jadi, mari kita lihat mengapa peranti ini sesuai buat anda yang mahu kelihatan bergaya pada hari raya. 

Rekaan Yang Bergaya Untuk Flex Di Hari Raya

Mari kita mulakan dari segi rekabentuk skrin terlebih dahulu, Infinix NOTE 40 Pro 5G ini menggunakan skrin melengkung 3D bersaiz 6.78 inci. Dengan rekabentuk skrin yang sebegini, ia akan terasa lebih selesa untuk dipegang dan dibawa kemana-mana sahaja, terutamanya ketika menziarah rumah sanak saudara. Skrin ini juga merupakan skrin AMOLED yang turut menyokong kadar segar semula 120Hz. Melaluinya, ia dapat memberikan anda pengalaman penggunaan peranti yang lebih lancar terutamanya ketika menatal peranti. Secara tidak langsung, ia dapat melancarkan proses untuk anda berkongsi gambar menyambut hari raya. 

Seperti yang kita tahu, baju raya seringkali tidak mempunyai begitu banyak poket untuk kita selitkan peranti. Oleh sebab itu, ada kalanya kita akan selitkan sekali peranti dengan kunci ke dalam poket yang sama. Ini menyebabkan risiko untuk skrin peranti mengalami kesan calar kerana terkena seretan kunci. Masalah ini tidak perlu dirisaukan lagi dengan Infinix NOTE 40 Pro 5G kerana ia menggunakan Corning Gorilla Glass 5. Ia dikatakan dua kali lebih tahan lasak berbanding skrin aluminium silikon yang lain. Ini sedikit sebanyak dapat memberikan perlindungan kepada skrin peranti daripada tercalar. Jadi, anda tidak perlu risau jika skrin peranti terkena seretan kunci apabila diletakkan sekali dalam poket, kerana ia tidak akan mengalami kesan calar. 

Spesifikasi Dan Bateri Yang Bagus Untuk Kegunaan Ketika Seharian Beraya

Apa gunanya jika peranti mempunyai rekabentuk yang cantik tetapi tidak mempunyai prestasi peranti yang memuaskan bukan? Ini kerana cip pemprosesan memainkan peranan yang penting dalam memastikan kesemua komponen dalam telefon pintar dapat beroperasi dengan lebih efisien. Oleh itu, Infinix NOTE 40 Pro 5G ini dibina dengan cip pemprosesan MediaTek Dimensity 7020. Melalui cip pemprosesan ini, ia membolehkan RAM pada peranti diperluaskan. Ini bermaksud bahawa 8GB RAM boleh ditingkatkan menjadi 16GB RAM, menjadikan prestasi peranti lebih berkuasa untuk membuka pelbagai aplikasi serentak. Katakanlah anda sedang mengadakan rumah terbuka, anda boleh memainkan muzik sambil membalas mesej rakan, malah menatal media sosial pada masa yang sama. 

Ketika menyambut hari raya dan melawat sanak saudara dari rumah ke rumah, kapasiti bateri memainkan peranan yang penting untuk penggunaan peranti sepanjang hari. Oleh sebab itu, Infinix NOTE 40 Pro 5G ini dilengkapi dengan bateri berkapasiti 5000mAh. Jika kapasiti bateri ini habis digunakan selepas seharian menggunakannya, anda boleh membuat pengecasan melalui pengecasan pantas 45W untuk berwayar. Melalui pengecasan pantas 45W ini, peranti tidak mengambil masa yang lama untuk mengecas dari 0% kepada 50%. Jadi, anda bolehlah mengecas peranti sementara bersiap-siap untuk menyambut hari raya. Malah, peranti ini turut dibina dengan cip Cheetah X1 yang memastikan peranti tidak menjadi panas ketika mengecas. 

Namun, ada kalanya kita tidak sempat untuk mengecas peranti menggunakan pengecasan berwayar. Oleh sebab itu, Infinix NOTE 40 Pro 5G juga turut menyokong pengecasan nirwayar. Dimana anda hanya perlu letakkan saja MagPower di belakang panel peranti untuk mula mengecas. Rekabentuk MagPower yang ringan dan nipis ini, membuatkan peranti kelihatan bergaya dan premium apabila dibawa kemana-mana. Malah, ia juga senang untuk anda menyelitkan saja ke dalam poket.

Sesuai Untuk Sesi Bermain Permua Bersama Sanak Saudara

Ketika menyambut perayaan, seringkali kita akan berkumpul bersama sanak saudara untuk melakukan pelbagai aktiviti bagi merapatkan hubungan silaturahim. Antara salah satu aktiviti dikalangan golongan muda zaman kini adalah bermain permua bersama. Oleh sebab itu, peranti ini dibina dengan Wide-band X-Axis Linear Motor, dimana ia membawakan sokongan maklum balas haptik. Melaluinya, setiap butang yang ditekan akan memberikan getaran dan memberikan pengalaman bermain permua yang lebih menyeronokkan dan realistik. Oleh itu, Infinix NOTE 40 Pro 5G sesuai bagi anda yang ingin merasai pengalaman bermain permua yang lebih imersif.

Kualiti Sistem Tri-Kamera Yang Sesuai Dengan Kelas Peranti

Jika berbicara tentang hari raya, tentu tidak akan terlepas dari mengambil rakaman gambar dan video. Oleh sebab itu, peranti yang digunakan perlu dilengkapi dengan sistem kamera yang berkualiti. Dengan Infinix NOTE 40 Pro 5G, ia dilengkapi dengan sokongan tri-kamera utama 108MP + 2MP + 2MP. Manakala kamera swafotonya pula hadir dengan lensa 32MP. Dengan saiz megapiksel sebesar ini, ia mampu menghasilkan rakaman gambar dan video yang lebih jelas dan terang. 

Buat pengetahuan anda, kamera utama peranti ini juga dilengkapi dengan sokongan OIS dimana ia mampu memberikan kestabilan kepada gambar dan video yang diambil. Dalam kata lainnya, anda kini boleh merakam gambar ataupun video semasa menyambut hari raya  dengan lebih mudah tanpa memerlukan bantuan tripod atau aksesori penstabilan tambahan. 

Kesimpulan

Kesimpulannya, Infinix NOTE 40 Pro 5G ini sememangnya peranti yang berbaloi untuk didapatkan terutamanya jika anda mencari peranti yang sesuai untuk flex semasa hari raya. Dengan rekabentuk skrin yang cukup memuaskan, spesifikasi yang bagus untuk kegunaan seharian dan juga kualiti tri-kamera yang sesuai dengan kelas peranti. Ia menjadi antara sebab-sebab yang patut anda pertimbangkan. Jika anda berminat untuk dapatkan Infinix NOTE 40 Pro 5G, ia dijual pada harga RM1098 untuk varian 8GB+256GB

Manakala jika anda mencari peranti untuk bajet bawah RM1000 pula, anda boleh dapatkan Infinix NOTE 40 yang dijual pada harga RM898 untuk varian 8GB + 256GB. Infinix NOTE 40 ini dibina dengan skrin AMOLED yang menyokong kadar segar semula 120Hz. Ia juga turut menyokong pengecasan 45W untuk berwayar dan 20W untuk nirwayar. Tambahan lagi, ia dilengkapi dengan kamera 108MP Super-Zoom dan Dual Speakers Sound oleh JBL

Infinix NOTE 40 Pro 5G dan Infinix NOTE 40 ini mempunyai tiga pilihan warna iaitu Obsidian Black, Titan Gold, Vintage Green. Melalui pembelian salah satu peranti, anda berpeluang untuk dapatkan hadiah MagPower percuma yang bernilai RM69. Jadi, cepat cepat ke laman web rasmi Infinix untuk dapatkan Infinix NOTE 40 Pro 5G atau Infinix NOTE 40 dan rasakan sendiri pengalaman menggunakannya. 

Penafian: Advertorial dari Infinix Malaysia


Komen ()