Siri Cip Intel Arrow Lake Dan Raptor Lake H Refresh Dijangka Memperlihatkan Nama Baru
Nazrin
Komputer-komputer riba yang dikuasakan cip pemprosesan Intel generasi ke-14 Meteor Lake dan Raptor Lake baru sahaja diperlihatkan baru-baru ini, tetapi ura-ura mengenai cip pemprosesan akan darang mereka, Arrow Lake dan Raptor Lake H-Refresh sudahpun mula keluar di arena internet.
Golden Pig, pengulas dan peniris maklumat dunia komponen komputer baru-baru ini mengatakan bahawa cip pemprosesan Arrow Lake (pengganti Meteor Lake) dan Raptor Lake H-Refresh akan hadir dengan nama baru.
Ini termasuklah Intel Core Ultra 200 untuk siri cip pemprosesan Intel Arrow Lake manakala cip pemprosesan Intel Raptor Lake Refresh-H akan hadir dengan nama Intel Core 200, dimana penggunaan nama model Intel Core i akhirnya akan diberhentikan sepenuhnya.
Ia dijangkakan bahawa Intel akan memperlihatkan butiran lanjut mengenai cip pemprosesan Arrow Lake dan juga Raptor Lake-H Refresh sekitar pertengahan tahun ini, mungkin di acara COMPUTEX Taipei yang akan berlangsung pada awal bulan Jun ini.
[sumber]Golden Pig Upgrade[/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.