Carian
Struktur Cukai Jalan Untuk EV Akan Diumumkan Penghujung Bulan Ini
April 1, 2024 Effi Saharudin

Kenderaan elektrik (EV) pada ketika ini tidak dikenakan cukai jalan sehingga penghujung 2025. sebagai cara menggalakkan penggunaannya di Malaysia. Tetapi ini tidak akan kekal percuma selama-lamanya dan oleh kerajaan kini bersedia mengumumkan struktur cukai jalan untuk EV pada penghujung bulan April ini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata kerajaan masih komited untuk menggalakkan penggunaan EV. Oleh itu cukai jalan yang dikenakan masih akan lebih murah berbanding kenderaan bahan api fosil (ICE). Namun begitu cabaran yang dihadapi kerajaan ialah perbandingan kapasiti enjin (CC) kenderaan ICE dengan sebuah EV.

Di negara lain EV masih menikmati cukai jalan percuma sehingga dekad akan datang kerana ingin mencapai tahap pelepasan karbon yang rendah. Pada waktu yang sama kenderaan hibrid juga dikenakan cukai jalan yang lebih rendah berbanding ICE kerana ia turut boleh mengurangkan pencemaran udara. Terdapat saranan di Malaysia, cukai jalan EV dikenakan berkadar terus dengan kuasa motor elektrik yang digunakan.

Komen