Cari @ Amanz

Konflik Ukraine-Rusia dan juga Yemen menunjukkan bagaimana dron murah boleh menghasilkan kerosakan yang besar ke atas aset tentera konvensional. Sistem menangkis senjata semasa tidak direka untuk memusnahkan dron dan kosnya juga adalah lebih tinggi berbanding senjata yang menyerang. Oleh itu pembangunan sistem menangkis dron sedang dipercepatkan oleh beberapa kuasa besar dunia.

Tactical High-power Operational Responder (THOR)

Tentera Laut Amerika Syarikat kini mengumumkan Project METEOR yang ingin menggunakan sistem senjata moden yang boleh menangkis serangan dron menjelang 2026. Antara yang sedang dipertimbangkan ialah senjata gelombang mikro berkuasa tinggi (HPM) yang boleh merosakkan komponen elektronik pada dron terbang dan juga dron dalam bentuk kapal.

Seperti sistem senjata laser yang juga sedang diuji, HPM boleh menjatuhkan sekumpulan dron secara serentak dalam kawasan yang lebih besar. Project METEOR mempunyai sasaran yang sama seperti Tactical High-power Operational Responder (THOR) yang dimulakan Tentera Udara Amerika.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd