Telegram kini mengumumkan perkongsian pendapatan bersama para pemilik Telegram Channels, dimana pemilik Telegram Channels dengan lebih 1000 pengikut, kini berpotensi untuk menjana perkongsian pendapatan 50% daripada iklan-iklan yang dipaparkan pada Telegram Channels berkenaan.
Telegram menguasakan platform pengiklanan mereka ini menggunakan kriptowang TON – menyatakan ia lebih selamat dan pantas, selain kos transaksi yang rendah.

Disamping itu, untuk pengiklanan pula, Telegram menyatakan ia hanya dipaparkan pada Telegram Channels sahaja, dan tidak dipaparkan pada kotak sembang peribadi atau pada ruangan lain. Pengiklanan Telegram juga tidak menggunakan data peribadi, tetapi bergantung kepada Telegram Channels sahaja.
Dengan perkongsian terbaru ini juga, sekiranya anda merupakan pemilik Telegram Channels, anda boleh ke halaman tetapan saluran berkenaan, dan seterusnya pilih Statistik, dan pilih “Monetisasi”.