Terdapat banyak perkhidmatan chatbot AI di pasaran sekarang. Kebanyakannya adalah percuma untuk digunakan dengan akses kepada ciri premium memerlukan langganan. Microsoft Copilot, OpenAI ChatGPT, Anthropic Claude dan banyak lagi dibangunkan untuk memudahkan pengguna menganalisa data, mencari maklumat dengan lebih pantas dan adalah alat produktiviti kepada pengguna. Ini berbeza dengan Perplexity yang ingin menjadi enjin carian baharu bagi bersaing dengan Google.
Perplexity baru-baru ini dilaporkan ingin menyertakan iklan pada platform mereka. Sekarang apabila pengguna bertanya soalan, Perplexity akan menggunakan AI untuk menjawab dengan turut mencadangkan imej dan video. Data dari Yelp turut akan dipaparkan jika prom berkaitan. Pegawai perniagaan Perplexity iaitu Dmitry Shevelenko memberitahu ADWEEK yang iklan akan disertakan apabila ramai pengguna tanya soalan yang sama.
Jadi jawapan yang dikeluarkan oleh AI adalah dari syarikat dan jenama yang telah bekerjasama dengan Perplexity. Perancangan mereka adalah untuk menyertakan iklan pada tahun ini tetapi tidak berkongsi butiran lanjut. Perplexity adalah perkhidmatan chatbot AI oleh pengkaji dari OpenAI dan Meta yang ,menggunakan model bahasa raya GPT serta model tersendiri.