Kepada mereka yang masih setia dengan iPhone 6 Plus, telefon pintar anda kini dikategorikan sebagai usang (obsolete) oleh Apple bermula hari ini. iPhone 6 Plus dilancarkan pada pada tahun 2014 tetapi pengeluaran hanya dihentikan pada tahun 2016.

Apple akan mengkategorikan sesebuah peranti adalah usang 7 tahun selepas ia tidak lagi dikeluarkan. Oleh itu pemilik tidak lagi boleh mendapatkan alat ganti atau perkhidmatan pelanggan untuk peranti selepas ia memasuki kategori ini. Sungguhpun begitu iPhone 6 masih belum dikategorikan sebagai usang kerana masih dikeluarkan pada tahun 2017.
Di tahap perisian pula, kedua-dua model kali terakhir menerima kemas kini sistem operasi iOS 12 pada tahun 2018. Jadi kepada pemilik iPhone 6 Plus, tahun ini ialah tahun yang terbaik untuk membeli iPhone baharu bagi menggantikan telefon yang sudah usang.