Carian
Bateriku Menerima Suntikan Dana Pelaburan Berjumlah RM10 Juta
April 2, 2024 Aman

Bateriku hari ini mengumumkan penerimaan suntikan dana pelaburan berjumlah RM10 juta daripada VentureTECH Sdn Bhd dan juga Venture TECH SBI Sdn Bhd. Kedua-dua firma berkenaan, masing-masing melabur sebanyak RM3 juta dan RM7 juta.

Melalui suntikan dana ini, Bateriku dijangka akan menggunakannya dalam terus meningkatkan operasi, memperluas jangkauan dan meningkatkan lagi pengalaman para pelanggan.

Bagi yang tidak mengenali akan Bateriku, ia menyediakan perkhidmatan bantuan kenderaan di tepi jalan, termasuk dalam menukar bateri kenderaan. Pelaburan ini juga dijangka akan terus membantu Bateriku dalam membangunkan ekosistem yang menghubungkan kerosakan dan masalah bateri bersama bengkel kereta, selain Bazar yang memfokuskan pasaran alat ganti kereta.

Bateriku telah diasaskan pada Mac 2014 lepas, dan sejak daripadanya telah memperlihatkan perkembangan sihat, dan mempunyai kedai Bateriku di sejumlah lokasi yang memudahkan proses menghubungkan bantuan kepada pemilik kenderaan.

Komen