Carian
Toshiba TS205 TV Mate Soundbar Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM399
April 2, 2024 Amy Maizuraa

Toshiba TS205 TV Mate Soundbar ditawarkan di Malaysia hari ini dengan harga jualan RM399 sebuah. Sesuai dengan saiznya yang ergonomik dan kompak, ia boleh dijadikan pilihan ideal untuk digunakan sebagai sistem audio televisyen di ruang yang kecil dan sederhana. Diikuti gabungan binaan logam bersama warna dominan hitam pusam pula menjadikannya tampil minimalis.

Seterusnya soundbar ini juga menawarkan kuasa output 60W dengan kebolehan mengubah suai bunyi melalui tiga mod berbeza yang termasuk Movie Mode, Music Mode dan News Mode. Tiada Dolby Atmos atau format bunyi lain yang disediakan pada produk ini. Pilihan sambungan pula terdiri dengan HDMI ARC/CEC, AUX 3.5mm, port optik dan bluetooth 4.2, selain turut menyertakan alat kawalan jauh yang diberikan dalam kotak pembelian.

Komen