Carian
Fakulti Kecerdasan Buatan Di UTM Dijangka Dirasmikan Pada 3 Mei 2024
April 3, 2024 Aman

Pada Belanjawan 2024 lepas, kerajaan telah memperuntukkan dana untuk penubuhan fakulti kecerdasan buatan. Selari dengannya, kini dikongsikan Faklulti Kecerdasan Buatan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bakal dirasmikan pada 3 Mei 2024 kelak.

Penubuhan fakulti ini juga selari dengan perkembangan teknologi khususnya kecerdasan buatan secara drastik sejak setahun dua kebelakangan ini. Fakulti Kecerdasan Buatan ini juga dijangka akan membolehkan lebih ramai bakat tempatan dihasilkan selari permintaan industri semasa.

Pada masa yang sama, ia turut dikongsikan yang mana kementerian akan menilai sesuatu fakulti mengikut kebolehpasaran graduan. Sekiranya kadar kebolehpasaran jatuh dibawah 30%, maka fakulti berkenaan mungkin terpaksa dihentikan atau diubah-suai mengikut keperluan industri.

Komen