Cari @ Amanz

Selepas GWM Malaysia memperkenalkan Ora Good Cat tahun lalu, mereka memulakan 2024 dengan membawakan model terkini mereka iaitu ORA 07 yang diletakkan dalam kelas coupe dan ditawarkan dalam dua variasi iaitu versi Long Range Ultra pada harga RM 169,800 dan versi Performance pada harga RM 189,000.

Secara amnya, kedua-dua variasi ini mempunyai kapasiti bateri yang sama iaitu 83.499 kWh, menyokong pengecasan pantas 88kW membolehkan pengecasan DC 30-80% sepantas 32 minit. Pengecasan AC 0-100% akan mengambil masa selama 15 jam dan kedua-dua model ini menyokong fungsi V2L 3.3kW.

Model Long Range Ultra merupakan model dengan motor elektrik di bahagian hadapan kenderaan yang memberikan jarak perjalanan 640km NEDC. Motor elektrik ini boleh memberikan kuasa 204PS dan 340Nm tork serta boleh memecut 0-100km/j dalam masa 7.9 saat. Ia juga mempunyai kelajuan maksimum 170 km/j.

Berbeza dengan model Performance, terdapatnya motor elektrik di bahagian hadapan dan belakang memberikan kuasa putaran kepada kesemua tayar namun mempunyai jarak perjalanan 550km NEDC. Dengan dua motor elektrik, kuasa yang dijana boleh mencapai setinggi 408PS dan 680 tork serta boleh memecut 0-100km/j sepantas 4.3 saat. Ia juga mempunyai kelajuan maksimum 180km/j. Malah untuk versi ini, terdapat 6 mod pemanduan berbanding 5 pada versi  Long Range Ultra. 

Selain dari itu, antara ciri-ciri lain termasuklah pintu tanpa bingkai tingkap, spoiler elektrik yang akan muncul pada kelajuan tertentu, bumbung kaca panorama, 11 pembesar suara Infinity, dan rekaan kemasan dalamam yang premium. 

Kedua-dua model ini hadir dengan jaminan selama 6 tahun atau 150,000 km dan jaminan 8 tahin atau sehingga 180,000km untuk bateri, motor elektrik, dan unit kawalan motor elektrik. Malah GWM turut memawarkan gantian terus sekiranya kesihatam bateri jatuh di bawah 70%. 

GWM turut memberikan promosi kepada 500 pelbeli terawal akan menerima pengecas rumah dan 2 tahun jaminan tambahan, menjumlahkan ia kepada 8 tahun atau 180,000km. Anda boleh singgah ke mana-mana pengedar GWM berhampiran untuk mencuba sendiri ORA  07

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd