Carian
Opera Menjadi Pelayar Web Pertama Mengintegrasi LLM Secara Terbina
April 3, 2024 Aman

Opera sebelum ini telah pun sedia menawarkan integrasi sokongan perkhidmatan kecerdasan buatan, dinamakan Aria. Kini, selain daripadanya, Opera turut menjadi pelayar web pertama yang mengintegrasikan model bahasa raya atau LLM secara terbina pada pelayar web mereka.

Opera menyatakan ujian eksperimental ini menyertakan sokongan sehingga 150 LLM, termasuk antara yang popular adalah seperti Llama (Meta), Mistral, Gemma, Vicuna dan sebagainya.

Dengan integrasi secara terbina ini, ia sekaligus membolehkan beberapa operasi dijalankan terus pada peranti pengguna tnapa menghantar maklumat ke pelayan luar. Langkah penawaran ini juga akan membolehkan pembangun hadir dengan sejumlah pengalaman penggunaan AI yang baharu terus pada pelayar web Opera.

Opera buat masa ini memperkenalkan integrasi ini pada saluran pembangun untuk Opera One. Bagi anda yang berminat, boleh mencubanya sendiri hari ini, dalam saluran pembangunan.

Komen