BYD, salah satu pengeluar kenderaan elektrik dari China, hari ini mengumumkan bakal memperkenalkan lori pikap elektrik mereka pada tahun 2024 ini, dan dipasarkan pada peringkat global.

Kenderaan baru ini dijangka akan diposisikan untuk bukan sahaja bersaing dengan Tesla Cybertruck, tetapi juga dengan kenderaan seperti Toyota Hilux. Ia juga dijangka mempelbagaikan lagi penawaran dibawah BYD, memberikan variasi pilihan kenderaan dibawah tenaga baru mengikut keperluan dan citarasa pengguna.
Buat masa ini, BYD hanya berkongsi gambar kenderaan yang diliputi warna biru dan jingga sahaja, tanpa berkongsi lanjut berkenaan spesifikasi, harga dan juga maklumat teknikal berkaitan dengan kenderaan ini buat masa ini.