Carian
Google Dilaporkan Berminat Mengambil-Alih Hubspot – Penyedia Perkhidmatan Pemasaran
April 5, 2024 Aman

Syarikat induk Google, iatiu Alphabet kini dilaporkan berminat untuk mengambil-alih HubSpot, sekaligus mengukuhkan lagi penawaran perkhidmatan pemasaran dan pengiklanan dibawah Google.

HubSpot merupakan salah satu syarikat yang membangunkan penyelesaian pemasaran yang digunakan meluas oleh pelbagai syarikat. Ia dinilaikan sekitar $35 bilion. HubSpot menyediakan pelbagai variasi penyelesaian, termasuk untuk pemasaran, jualan dan khidmat pelanggan.

Mengikut laporan Reuters, pihak Google masih pada peringkat perbincangan bersama beberapa pihak dan melihat pelbagai potensi. Buat masa ini, Google masih belum lagi menyediakan sebarang tawaran kepada HubSpot. Ia dikatakan terdapat juga kemungkinan yang Google memilih untuk tidak menawarkan apa-apa tawaran kepada HubSpot.

Namun, sekiranya berjaya mengambil-alih HubSpot, ia akan membolehkan Google menyediakan penawaran pemasaran dan khidmat pelanggan menyeluruh kepada pengguna platform mereka – dan bukan terhad kepada pengiklanan semata-mata. Ia juga akan membolehkan Google untuk bersaing dengan lebih aktif bersama SalesForce dan beberapa syarikat lain.

Komen