Carian
Google Saman 2 Pembangun Kerana Menipu 100K Pengguna Melalui 87 Aplikasi Kripto
April 5, 2024 Fahim Zahar

Google kerap cuba menjadikan Play Store sebagai stor aplikasi yang selamat dan bebas daripada aplikasi menipu. Tetapi terdapat penipu yang bijak berjaya memperdayakan Google sehingga mempunyai 87 aplikasi palsu yang telah mencuri duit dari lebih 100,000 pengguna.

Penipu ini adalah dua orang pembangun aplikasi, seorang dari China dan seorang lagi dari Hong Kong. Google menyaman mereka kerana ingin melindungi integriti Play Store. Dua pembangun ini pernah dihentikan Google tetapi kemudian menyamar dan menggunakan identiti lain dengan menghalang pengguna aplikasi kripto mereka mengeluarkan duit daripada hasil untung pelaburan.

Penipu ini telah menipu dari ratusan sehingga puluhan ribu ringgit. Mereka turut telah menyebabkan Google menghabiskan lebih RM350,000 untuk siasatan. Sumber berkongsi yang Google lebih berang yang reputasi Play Store terjejas berbanding kehabisan duit untuk menyiasat.

Komen