Carian
CEO YouTube Menekankan Penggunaan Video YouTube Untuk Melatih OpenAI Sora Melanggar Terma Platform
April 5, 2024 Aman

CEO YouTube kini menekankan yang mana penggunaan video mereka untuk melatih kecerdasan buatan adalah sebuah pelanggan terma penggunaan platform YouTube berkenaan sendiri. Pada masa yang sama, CEO YouTube menyatakan mereka tidak mengetahui sama ada OpenAI sedia menggunakan YouTube dalam melatih kecerdasan buatan mereka, terutamanya Sora – iaitu penjana video mereka.

Ia turut ditekankan yang mana penerbit kandungan memuat-naik kandungan ke YouTube dengan beberapa pertimbangan – dan salah satunya adalah terma platform dipatuhi semua pihak. Tiada sebarang kebenaran diberikan untuk video dimuat-turun, atau transkrip video digunakan untuk tujuan latihan.

Buat masa ini, pelbagai pihak mempersoalkan sumber kandungan yang digunakan oleh OpenAI untuk melatih model kecerdasan buatan disebalik Sora. Sebelum ini, ia dilaporkan yang mana OpenAI pertimbangkan untuk melatih model bahasa raya akan datang mereka menggunakan transkrip video YouTube. Namun, perkara berkenaan masih belum disahkan buat masa ini.

Komen