Telekom Malaysia melalui Unifi kini mengumumkan penawaran siaran percuma untuk semua saluran Unifi TV, bermula 7 April 2024 sehingga 13 April 2024. Semua saluran Unifi TV boleh ditonton percuma, dan penawaran ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia – tidak kira pelanggan Unifi TV atau sebaliknya.

Untuk pelanggan Unifi Home sedia ada, anda boleh mengakses semua saluran ini secara automatik untuk tempoh sehingga 13 April melalui aplikasi Unifi TV atau melalui Unifi TV Box. Bagi bukan pelanggan pula, anda boleh memuat-turun aplikasi Unifi TV, melakukan pendaftaran menggunakan nombor telefon, dan menikmati akses kepada siaran percuma berkenaan ketika tempoh kempen ini.
Penawaran Unifi ini adalah selari dengan musim perayaan, sekaligus membolehkan anda bersama-sama ahli keluarga menonton rancangan kegemaran bersama-sama. Anda juga turut boleh mengakses penawaran ini melalui web Unifi TV.