Carian
Nilai Kekayaan Mark Zuckerberg Kini Mengatasi Elon Musk – Mark Zuckerberg Ditangga Manusia Ketiga Paling Kaya Di Dunia
April 6, 2024 Aman

Nilai kekayaan Mark Zuckerberg, pengasas Facebook dan Meta, kini akhirnya kembali mengatasi Elon Musk. Ini adalah kali pertama nilai kekayaan Mark Zuckerberg mengatasi kembali Elon Musk, sejak tahun 2020 lepas.

Mengikut data Bloomberg Billionaire Index, Mark Zuckerberg mempunyai nilai kekayaan mencapai $187 bilion, mengatasi Elon Musk yang mempunyai nilai kekayaan $181 bilion. Mark Zuckerberg kini menduduki tangga ketiga, di belakang Bernard Arnault (LVMH) dan juga Jeff Bezos (Amazon).

Nilai kekayaan Elon Musk memperlihatkan penurunan pada tahun ini, selari kejatuhan saham Tesla disebabkan gagal mencapai beberapa sasaran. Sementara nilai saham Meta pula agak positif pada tahun ini, disebabkan oleh pelbagai pelaburan Meta dalam arena kecerdasan buatan.

Komen