Apple kini mengemaskini terma dan syarat untuk App Store, sekaligus membawa salah satu perubahan yang mungkin dinantikan ramai – iaitu kebolehan menerbitkan aplikasi berbentuk pelagak permainan pada App Store.
Dengan langkah ini, kita mungkin melihat sejumlah pelagak permainan – terutamanya permainan retro diterbitkan pada App Store, dan ditujukan untuk pengguna iPhone dan iPad.

Walaubagaimanapun, Apple turut menekankan yang mana penerbit perlulah mematuhi peraturan dalam mengedarkan pelagak permainan – sekaligus memberikan petanda yang mana pembangun aplikasi berkenaan perlu mempunyai hak yang sesuai sebelum ditawarkan kepada yang lain.