Carian
Facebook, Instagram Dan Threads Akan Mula Melabel Kandungan Dijana AI Bermula Mei 2024
April 7, 2024 Aman

Meta kini memaklumkan mereka akan mula melabel kandungan yang dijana kecerdasan buatan generatif pada platform mereka, bermula Mei 2024. Perubahan ini akan dapat dilihat pada Facebook, Instagram dan juga Threads.

Dengan label yang lebih jelas ini, pengguna akan dapat membezakan dengan mudah sama ada sesuatu kandungan berkenaan dijana AI atau sebaliknya. Mengikut perkongsian awal, Meta akan melabelkannya dengan label “Made with AI”.

Meta menyatakan mereka akan membolehkan pengguna sendiri melabel sesuatu kandungan berkenaan dijana kecerdasan buatan. Selain itu, sistem Meta sendiri akan mengimbas mengikut pelbagai piawaian penjana kecerdasan buatan, dan melabelkan kandungan berkenaan.

Komen