MYNIC, agensi yang menguruskan nama domain .MY di Malaysia kini menyasarkan untuk mencapai sekitar 400,000 pengguna nama domain .MY pada tahun 2024 ini. Pada hari ini, terdapat sekitar 313,000 pengguna nama domain .MY.

Daripada angka berkenaan, sekitar 150,000 pengguna adalah pengguna nama domain .com.my yang lebih menyasarkan perniagaan. Dalam usaha untuk terus meningkatkan penggunaannya, MYNIC dijangka akan hadir dengan beberapa program khusus – termasuk bekerjasama dengan beberapa agensi dengan menyasarkan para usahawan dan pemilik peniaga kecil.
Pada masa yang sama, MYNIC juga turut mengacah akan hadir dengan sebuah program khas pada 1 Mei 2024 kelak, dalam terus mengalakkan penggunaan nama domain ini.