Carian
Touch n Go eWallet Akan Mengenakan Caj Pertukaran 1% Untuk Transaksi Luar Negara
April 8, 2024 Aman

Touch n Go eWallet kini memaklumkan para pengguna, bermula 25 April 2024 kelak, dompet digital berkenaan akan mula mengenakan caj pertukaran sebanyak 1% untuk sebarang transaksi luar negara.

Touch n Go eWallet

Seperti ramai sedia maklum, anda sedia boleh gunakan dompet digital Touch n Go eWallet di sejumlah negara, hasil integrasi dan kerjasama dengan AliPay+. Pengguna hanya perlu melakukan imbasan kod QR, dan boleh lakukan bayaran pada jutaan peruncit di luar negara, sekaligus memudahkan anda ketika melancong kerana tidak lagi perlu bersedia dengan wang tunai untuk sesuatu negara.

Walaubagaimanapun, penawaran berkenaan akan mula dikenakan caj pertukaran sebanyak 1% pada sebarang transaksi luar-negara, berkuat-kuasa 25 April 2024 kelak. Touch n Go eWallet menyatakan caj yang anda bayar kelak akan turut menyertakan caj transaksi ini bersama-sama dengannya.

Komen