Cari @ Amanz

SKMM Beri Amaran Jangan Sebar Kandungan Bersifat Provokatif

Link Copied!

SKMM hari ini mengeluarkan amaran kepada orang ramai supaya jangan menyebarkan kandungan bersifat provokatif di atas talian. Amaran diberikan selepas muncul isu tular penemuan corak seakan kalimah Allah pada permukaan tapak kasut yang dijual di Malaysia.

Pihak SKMM turut menggesa mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat di media sosial melibatkan logo kasut yang didakwa mirip kalimah Allah untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Mereka tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 sekiranya ada pihak cuba mengambil kesempatan terhadap isu tersebut dan membuat hantaran atau meninggalkan komen melampaui batas yang boleh mencetuskan ketegangan antara kaum.

Semua pihak juga perlu memberikan ruang kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pihak berkuasa untuk melakukan siasatan berhubung dakwaan ini.


Komen ()